Monday 26 November 2012

Kejayaanmu Inspirasiku


Assalamualaikum w.b.t.


Bismillahirrahmanirrahim..
Bukan mudah untuk mencipta kejayaan, tapi bila dah capai......... sambung sendiri. :D

Sabtu lepas aku berada di UiTM Shah Alam untuk menyaksikan Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-77.
First time tengok orang konvo nih.



Saat menunggu ketibaan tetamu dan VIP.



Feeling dia... 


Tak dapat nak bayangkan aku nanti macam mana.
Bila dah masuk universiti ni baru aku faham nilai dapat ijazah tu.
Selalu dengar cerita orang je.


By the way, graduan yang aku raikan adalah mak sedara aku.
Beliau menerima ijazah PhD. dalam bidang Fizik.


Dr. Salmah Ahmed.


Mendengarkan ceritanya sehari sebelum majlis konvo berlangsung, memang perit lah nak habiskan research tu.


9 tahun wooo... 


Aku kagum dengan beliau sebab mampu uruskan keluarga dan pelajaran pada satu masa.
Macam teringin nak sambung pelajaran ke peringkat PhD. jugak. :)




Yang di-Pertuan Agong kita. Masa ni dapat tengok secara live.



Bersama keluarga tercinta yang selalu memberi dorongan di kala susah dan senang.



Ini sweet.


Tahniah mak andak. Kejayaan mak andak inspirasi kami.








Membaca amalan mulia. Jelly Jelly.

Monday 5 November 2012

Selamat Mengejar Cita-citamu


Assalamualaikum wbt.


Hari ini membawa perkhabaran gembira buat aku dan keluarga, lebih-lebih lagi si empunya diri.

Kenapa?

Begini ceritanya.
Satu-satunya adik lelaki yang aku ada dah berjaya dapat tawaran ke UiTM, dalam bidang yang memang dah lama dia idam-idamkan.
Juga cita-cita aku sebenarnya.
Tapi terkandas dek tiada seni berkomunikasi sewaktu sesi temu duga.


Senibina landskap.

Pernah dia berputus asa sebab tak dapat tawaran ke mana-mana lepas dapat keputusan SPM.
Hampir setahun jugak dia duduk kat rumah.

Alhamdulillah, akhirnya berhasil jua.

tak de teman nak main london bridge dah kat rumah lepas ni.

tinggal lah budak berdua ni kat rumah nanti.


Buat adik yang aku sayang,
Selamat melangkah ke fasa yang baru,
Jangan sia-siakan peluang yang kita ada,
Manfaatkan peluang ni dengan sebaik mungkin,
Cita-citamu semakin hampir,
Ingat janjimu pada abah dan mama,
Bergeraklah di landasan yang betul,
Agar kau tak tersasar jauh dari tujuan asalmu.




cc Muhammad Afiq: Tolong basuhkan kasut dengan beg aku bila aku balik rumah nanti.


Membaca amalan mulia. Jelly Jelly.