Thursday 28 June 2012

Untuk Kamu

Assalamualaikum

Hari ini aku dengan rasminya menamatkan pengajian Tahun 1 aku dalam bidang Sains Kimia di UKM. Baru setahun je tu. Aku ada lagi 2 tahun untuk menyiapkan degree aku. 
Semoga ada kesempatan untuk aku kembali sebagai pelajar Tahun 2 pada semester depan.

Kepada mereka yang di bawah ini, terima kasih kerana masih setia bersama aku dari awal semester sehingga ke penghujung.


Rumetku, Si Gadis Manis


Mereka yang sentiasa bersama aku.

Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan insan-insan yang wonderful ini tatkala aku masih tercari-cari teman sejati untuk melengkapkan hidup aku sebagai seorang mahasiswa di universiti.

Oh ye.

Dan tak lupa jugak, Cik Jelly dan Encik Pooh mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada mereka-mereka yang baru je mula menduduki exam tak kira kat U mana korang berada. :)



Membaca amalan mulia. Jelly Jelly.

Tuesday 26 June 2012

Kenapa?

Assalamualaikum


Bercerita perihal belog aku yang baru ni, kenapa Kismak? Kenapa Jelly Jelly?
Kenapa?


Apa ada pada nama?


Kismak. Sedang 21 tahun aku hidup di atas muka bumi ini, bermacam-macam nama panggilan yang aku dapat sampaikan boleh aku senaraikan semua.
Dari nama penuh hingga nama yang terkadang aku fikirkan entah apa-apa maksud di sebalik nama tu.
Kismak adalah salah satu daripadanya.
Kismak terhasil daripada Kak dan Ismak. Dan apabila digabungkan, maka wujudlah Kismak itu.


Jelly Jelly. Satu perkataan baru yang aku belajar dari rumetku, Si Gadis Manis.



Pun begitu, nama yang tercatat pada sijil lahir dan kad pengenalan aku tetap Nur Ismaliza Binti Ismail. :)

Membaca amalan mulia. Jelly Jelly.

Sunday 24 June 2012

Kedua

Assalamualaikum

Untuk makluman semua, Belog Jelly Jelly baru saja terhasil selepas belog aku yang sebelum ni (Gadis Merah Jambu) digodam oleh individu yang aku tak kenal. Baru je sangat. Awal pagi semalam rasanya. Aku tak de idea kenapa aku jadi mangsa diorang. 
Tapi tak pe lah. Let bygone be bygone. Apa-apa pun, aku kesal dengan apa yang dah berlaku. Memang aku baru berblog. Setakat 9 entri. Tapi aku sayang entri-entri tu. 
Entri-entri tu dah semacam diari aku. Aku malas menulis diari sebenarnya. Bila aku buat satu entri, ia seakan satu kejayaan besar bagi aku. Nampak tak apa kaitan kat situ?

Entri=Diari.

Membaca amalan mulia. Jelly Jelly.