Sunday, 7 October 2012

One Fine Friday


Assalamualaikum wbt.


Selamat hari Ahad semua.

Jumaat lepas aku dan mereka pakat-pakat sewa sebijik keta viva, nak ke Putrajaya lah konon-kononnya.
So aku dan Fad amek keta dalam pukul 9.40 pagi macam tu dan cepat-cepat drive balik UKM sebab ada kelas pukul 10.00. Kalut dah sangat masa tu. Pukul 9.40 dapat keta, pukul 10.10 terus aku mengeksidenkan diri aku dengan keta waja entah siapa punya. Ini menunjukkan betapa loqlaq aku bawak keta.

Sebagai student, kami tak mampu nak drive jauh-jauh dengan keta sendiri. Jadi kami drive dekat-dekat dengan keta sewa.


Arrival.



Bersama aiskrim pinjaman sementara.



Di Taman Botani.







Wanita cantik dalam group aku.







Dok bersandiwara apa ni entah.







Fad yang pandai buat ekspresi muka.















































Panorama waktu senja - Masjid Putrajaya.





Sila melawat Putrajaya. Para pelajar memang digalakkan untuk melawat tempat-tempat tak berbayar ni.

Membaca amalan mulia. Jelly Jelly.

Thursday, 4 October 2012

Alahai Intan Payung


Assalamualaikum wbt.



Takda wifi.
Takda broadband.
Biasa.



Laptop rosak.
Luar biasa!



Punca?
Laptop dan katil.
Yang dilarang itu paling aku suka nak cuba.



Apa kaitan?
Pengudaraan kurang baik.
Panas. Hari-hari panas.
Aku boleh bayangkan.
Bila dah tenat, tak dapat capai windows lagi.
Lagi teruk, internal hard disk corrupted.
Gambar. Movie. Lagu. Fail-fail penting.
Tak pasti berapa lama masa aku ambil untuk mengadakan apa yang takda tu.



Semoga tabah menghadapi dugaan hidup.


Membaca amalan mulia. Jelly Jelly.

Tuesday, 7 August 2012

Home Sweet Home #1

Assalamualaikum wbt.

Takde wifi. Takde broadband. Ada laptop aje.
Entri je baru, benda dah lepas.

Aktiviti pertama aku lepas check-out kolej.

Second visit selepas 18 tahun.

Nasi Arab kat Arab Cafe, Shah Alam.


Window shopping.


No caption.


Family gathering kat Mohd Chan's Restaurant.


Adik aku punye mi ape entah kat die.


Nasik goreng seafood aku.


Harap maaf.
Entri yang agak tak senonoh di bulan puasa.



Cemana pon, nantikan sambungan episod percutian aku di rumah..





Membaca amalan mulia. Jelly Jelly.

Thursday, 28 June 2012

Untuk Kamu

Assalamualaikum

Hari ini aku dengan rasminya menamatkan pengajian Tahun 1 aku dalam bidang Sains Kimia di UKM. Baru setahun je tu. Aku ada lagi 2 tahun untuk menyiapkan degree aku. 
Semoga ada kesempatan untuk aku kembali sebagai pelajar Tahun 2 pada semester depan.

Kepada mereka yang di bawah ini, terima kasih kerana masih setia bersama aku dari awal semester sehingga ke penghujung.


Rumetku, Si Gadis Manis


Mereka yang sentiasa bersama aku.

Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan insan-insan yang wonderful ini tatkala aku masih tercari-cari teman sejati untuk melengkapkan hidup aku sebagai seorang mahasiswa di universiti.

Oh ye.

Dan tak lupa jugak, Cik Jelly dan Encik Pooh mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada mereka-mereka yang baru je mula menduduki exam tak kira kat U mana korang berada. :)



Membaca amalan mulia. Jelly Jelly.

Tuesday, 26 June 2012

Kenapa?

Assalamualaikum


Bercerita perihal belog aku yang baru ni, kenapa Kismak? Kenapa Jelly Jelly?
Kenapa?


Apa ada pada nama?


Kismak. Sedang 21 tahun aku hidup di atas muka bumi ini, bermacam-macam nama panggilan yang aku dapat sampaikan boleh aku senaraikan semua.
Dari nama penuh hingga nama yang terkadang aku fikirkan entah apa-apa maksud di sebalik nama tu.
Kismak adalah salah satu daripadanya.
Kismak terhasil daripada Kak dan Ismak. Dan apabila digabungkan, maka wujudlah Kismak itu.


Jelly Jelly. Satu perkataan baru yang aku belajar dari rumetku, Si Gadis Manis.



Pun begitu, nama yang tercatat pada sijil lahir dan kad pengenalan aku tetap Nur Ismaliza Binti Ismail. :)

Membaca amalan mulia. Jelly Jelly.

Sunday, 24 June 2012

Kedua

Assalamualaikum

Untuk makluman semua, Belog Jelly Jelly baru saja terhasil selepas belog aku yang sebelum ni (Gadis Merah Jambu) digodam oleh individu yang aku tak kenal. Baru je sangat. Awal pagi semalam rasanya. Aku tak de idea kenapa aku jadi mangsa diorang. 
Tapi tak pe lah. Let bygone be bygone. Apa-apa pun, aku kesal dengan apa yang dah berlaku. Memang aku baru berblog. Setakat 9 entri. Tapi aku sayang entri-entri tu. 
Entri-entri tu dah semacam diari aku. Aku malas menulis diari sebenarnya. Bila aku buat satu entri, ia seakan satu kejayaan besar bagi aku. Nampak tak apa kaitan kat situ?

Entri=Diari.

Membaca amalan mulia. Jelly Jelly.